Cikgu Paling Popular
smk padang midin
Puan Razani Binti Jusoh atau lebih dikenali sebagai RJ merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang sangat berdedikasi. Belian merupakan seorang yang tinggi,kurus dan bergaya. Beliau memenangi anugerah guru paling popular SMK Padang Midin pada tahun 2016. Bagi mereka yang bernah berlajar atau bekerja di SMK Padang Midin pasti mengenali insan ini hatta daripada tukang sapu sehinggalah kepada pengetua, nama RJ ini tidak asing lagi buat mereka. Bagi mereka yang pernah menjadi anak didiknya, pasti tahu bahawa RJ sangat sinonim dengan suaranya yang lantang. Bayangkan sahaja,suaranya mampu menggegarkan satu sekolah. Jika beliau berada 50m dari kelas,pelajar sudah berpusu-pusu duduk di tempat masing-masing dan menunggunya dengan sabar kerana suaranya sudah didengari dan menjadi halwa telinga. Di dalam kelas, beliau boleh menjadi sesiapa sahaja. Guru,ibu atau sahabat. RJ ialah guru yang tidak pernah mengenal erti penat lelah. Setiap keletah dan kerenah kami dilayanya bahkan beliau tidak pernah merungut jika terpaksa mengajar kami perkara yang sama. Di samping itu,beliau tidak pernah meletakkan siapa diri kami hari ini sebagai pengukur kejayaan pada masa hadapan. Beliau mengajar setiap anak muridnya dengan tekun dan sabar tanpa mengira pelajar itu lemah atau cemerlang. Sesi pembelajaran di dalam kelas tidak pernah bosan dengan kehadiranya. Apabila keputusan peperiksaan keluar,RJ ialah orang pertama yang akan kepada kami bertanya kejayaan. Beliau akan terus memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk kami terus berjaya. Cikgu Razani merupakan seorang yang sangat mengambil berat dan prihatin kepada pelajarnya dan hal ini mengingatkan saya kepada tanggungjawab seorang ibu. Ada kalannya,beliau merupakan seorang sahabat yang sangat disenangi. Kami sebagai pelajar boleh berbual-bual denganya mengenai semua perkara tanpa ada benteng yang memisahkan jurang antara guru dan pelajar. Hal ini kerana caranya yang sangat santai dan sempoi membuatkan hubungan itu menjadi erat. Beliau ada di sisi kami ketika dalam masalah untuk memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Beliau berdiri di belakang kami untuk setiap kejayaan yang dirai. Cikgu bukanlah daripada keluarga yang senang namun beliau berusaha untuk menjadi senang. Pengalaman beliau keika meniti kehidupan yang penuh liku semasa bergelar pelajar sering diceritakan supaya menjadi pedoman dan panduan kepada anak didiknya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Saya tidak mengenali siapakah di sebalik Razani Binti Jusoh di luar sekolah. Namun, saya kenal beliau sebagai seorang guru,ibu dan sahabat yang akan diingati sepanjang hidupnya dan panggilan cikgu akan kekal tersemat sehingga ke akhirnya. Suaranya akan dirindui oleh setiap anak didiknya keran itulah suara emas yang memarahi,menasihati dan mengajar kami. Suaranya penguat semangat kami. Guruku, Puan Razani Binti Jusoh.
1184545 undi