Kantin Paling 'A'
smk padang midin
KANTIN SMK PADANG MIDIN KUALA TERENGGANU Kantin SMK Padang Midin Kuala Terengganu merupakan satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelajar, guru, ibu bapa mahupun tetamu sekolah. Oleh yang demikian adalah menjadi hasrat dan aspirasi warga sekolah supaya SMK Padang Midin memiliki sebuah kantin yang bukan sahaja menghidangkan makanan yang sedap dan menepati cita rasa seluruh penghuninya, tetapi juga menjadi kebanggaan kerana kebersihan dan keceriaannya dan boleh menjadi kantin contoh kepada sekolah-sekolah berdekatan. Justeru itu, kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan kantin sentiasa disemai dan dipertingkatkan dalam kalangan pelajar dan warga SMK Padang Midin . Kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan pemakanan yang berkhasiat kepada pelajar sekolah. Oleh itu, kantin di sekolah adalah sumber utama kepada pelajar untuk mendapatkan makanan semasa waktu persekolahan. Sehubungan itu, kantin sekolah juga merupakan suatu tempat yang penting dalam mendidik, menyampaikan ilmu dan perkongsian pengalaman selain bilik darjah. Justeru itu, di sini juga pelajar membina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan yang sihat, kepentingan kebersihan serta tingkah laku sosial dan amalan-amalan murni yang lain. Oleh yang demikian, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar tentang tanggungjawab menjaga kebersihan, bekerjasama menceriakan kantin, menghargai kemudah yang disediakan dan berusaha menjadikan kantin sebagai tempat yang penuh dengan pelbagai maklumat dan informasi serta kondusif Adalah diharapkan agar SMK Padang Midin menjadi sebuah institusi pendidikan yang mempunyai sebuah kantin yang bersih, kondusif dan berinformasi. Perlakuan tentang amalan kebersihan sebagai satu budaya hidup yang berterusan dapat diiamalkan dalam kehidupan seharian warga sekolah. Keprihatinan warga sekolah terhadap aspek kebersihan dan keselamatan terhadap kantin sekolah akan terus kekal. Warga sekolah juga akan selalu memupuk semangat kepunyaan dan sedia untuk bertoleransi dengan pihak kantin bagi mencapai matlamat amalan mesra kantin. Murid-murid juga akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan peraturan kantin…Kantin SMK Padang Midin dinamakan Kafeteria Setia Selera dan moto Kafeteria Setia Selera ialah Selera Ceria Berinformasi dan telah mendapat gred A.
317604 undi