Mural Paling Kreatif
smk padang midin
Mural pada dinding bangunan sekolah SMK Padang Midin ditempatkan di tempat yang strategik menjadikan wajah sekolah bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan pakaian yang cantik dan menarik. Dari jauh sudah kelihatan keindahan dan keunikannya. Keindahan lukisan mural ini akan mengakibatkan timbulnya daya tarikan kepada pelajar-pelajar untuk hadir ke sekolah. Di samping itu akan menimbulkan persepsi yang baik dari pandangan orang luar serta ibu bapa pelajar apabila mereka hadir ke sekolah. Mural ini adalah hasil kerja pelajar-pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 yang mengambil mata pelajaran PSV yang disediakan secara kolektif dengan dibimbing oleh bekas guru PSV SMK Padang Midin iaitu Puan Azizah bt Abu Hassan dan juga guru Pendidikan Seni Visual serta dibantu oleh bekas pelajar SMK Padang Midin.. Mural-mural dengan mesej Alam Sekitar dilukis di sekitar bangunan sekolah yang menjadi laluan umum pelajar dan guru-guru serta seluruh warga sekolah dan juga pelawat.. Projek melukis mural merupakan strategi serampang dua mata pihak sekolah untuk mengindahkan persekitaran sekolah di samping memupuk kesedaran pentingnya generasi muda masa kini untuk menjaga alam sekitar adalah antara usaha murni pihak sekolah kea rah pelestarian alam sekitar iaitu bermula dengan komuniti kecil di sekolah
23562 undi