Pusat Sumber Paling Inovatif
smk padang midin
Studio asnaul husna adalah teknik yang digunakan oleh pusat sumber sekolah dengan usahasama unit bimbingan dan kaunseling smk padang midin dalam perhubungan menolong untuk membantu klien dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek. Studio ini akan digunakan apabila ada pelajar yang memerlukan terapi Asmaul husna sama ada mereka datang sendiri ke studio ataupun dirujuk. Keluasan studio terapi Asmaul husna Smk Padang Midin ialah 80 kaki persegi. Konsep rekaan adalah bergaya Nusantara, mesra alam dan berinformasi. Di luar studio yang kondusif memberikan kesan pergerakan memasuki studio ini. Di bahagian dlan studio pula dihiasi dengan kertas dinding Asmaul husna serta diletakkan 3 buah kerusi untuk sesi terapi dan juga sebuah televisyen untuk memaparkan gambar dan alunan zikir Asmaul husna yang menyentuh hati.
823281 undi