Mural Paling Kreatif
sk kenang-kenangan
Mural yang terhasil daripada kolaborasi dan sentuhan warga SK. Kenang-kenangan,Telupid,Sabah. Tersirat satu imej bunga Rafflesia yang mengekspresikan lokasi sekolah kami yang terletak di pedalaman 3 serta diharmonikan dengan imej angin bayu bertiup merupakan ilham daripada gelaran ‘Negeri Sabah Di Bawah Bayu’. Imej buku menjadi kontra dan menyatakan bahawa buku merupakan sumber asas kepada warga sekolah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta diikuti dengan simbol pelbagai sumber ilmiah.Terdapat logo ‘GPS Bestari’ di antara simbol-simbol tersebut bermaksud ia menjadi portal pilihan warga sekolah untuk mendapatkan pelbagai info yang berguna. Warna latar mural ini dipengaruhi pada warna di portal Anugerah Kecemerlangan GPS Bestari iaitu warna ungu yang merupakan warna gabungan antara merah dan biru.Dengan itu,ia bersifat stabil,tenang dan penuh semangat.Tuntasnya,mural ini menzahirkan guru berdedikasi untuk mendidik dengan pelbagai sumber dan kaedah sehingga murid-murid berjaya dalam pelbagai aspek di sekolah dengan berteraskan Rukun Negara.
551771 undi