Landskap Paling Cantik
smk lundu
Landskap SMK Lundu sememangnya unik dan pelbagai. Keunikan ini diserikan lagi oleh pemandangan seluruh kawasan sekolah yang dilatari oleh Gunung Gading yang terkenal dengan sejarah dan Bungan Raflesia (bunga terbesar di dunia) yang menyubur di belakang sekitar sekolah. Ini ditambah lagi dengan kesungguhan pihak sekolah khususnya para guru MPV diketuai oleh Cikgu Zol, Cikgu Iskandar dan dibantu oleh pelajar-pelajarnya yang begitu komited dan konsisten dalam menyediakan persekitaran yang sihat dan ceria. ketekunan dan kerjasama inilah yang menjadi simbolik kepada asas landskap sekolah yang menarik di samping ketulusan pihak sekolah dalam mendengar pandangan dan buah fikir daripada para pelajar dan gurunya. Jemputlah datang ke mari menikmati keindahan Daerah Lundu amnya dan SMK Lundu khususnya. Bak kata orang Sarawak, Ilek2 Ajeng...
4176434 undi