Mural Paling Kreatif
smk lundu
Latar belakang budaya yang pelbagai menyemarakkan lagi perkembangan sosiobudaya di SMK Lundu. daerah yang terkenal dengan perlancongan dan team tarian yang hebat. Ini menggambarkan perjalanan seluruh kehidupan seharian kami di SMK Lundu bukan sahaja penduduknya tetapi juga sekolah ini. Rata2 hampir setiap blok dihiasi dengan mural yang indah baik di bawah kelolaan Cikgu Abdul Rahman dan juga Cikgu Halimah, juga dibantu oleh para pelajar yang sentiasa mencuba untuk berkarya di dinding2 sekolah bagi mengelakkan vandalisme di dinding. Hasilnya amat mengagumkan sehingga banyak idea timbul dalam apa jua gambaran. hal ini disemarakkan lagi denan usaha gigih para guru BI dan team ETA mereka dalam menghasilkan aspirasi mural silang budaya spt mural Salam USA Malaysia di dewan Sri Gading. Tidak dilupakan juga mural Galeri Petronas yang melatari bahagian hadapan pejabat sekolah ditambah lagi dengan program bersama Majlis Professor Negara yang menyemarakkan percambahan idea dengan Program mural bertemakan alam. Apa pun, syabas kepada para guru, pelajar dan semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan mural-mural yang ujud di SMK Lundu kini...Tahniah!!!
1392684 undi